- Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sehat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dpt melaksanakan ibadah dgn banyak di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Ertinya, ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan. (HR. Ahmad dan Tabrani)
- Bersyukurlah dan puji Allah atas kurnia Ramadan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat walafiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai tanda syukur.
- Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah saw. selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabat setiap kali datang bulan Ramadan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkat. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).
- Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadan. Ramadhan sangat singkat. Oleh itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.
- Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktivit-aktiviti kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, nescaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Q.S. Muhamad (47): 21]
- Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu kata Allah di Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.
- Sambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan tabiat buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadan adalah bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [Q.S. An-Nur (24): 31]
- Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadan.
- Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan buat catatan kecil untuk kultum tarawih serta ba’da solat subuh dan zuhur.
- Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nasuha. Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, isteri-anak, dan saudara kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.
Sunday, August 31, 2008
10 Langkah Menyambut R A M A D H A N
Ramadhan ..

Ramadhan Mubarak !
Fasting
Why fast ?
- to develop patience and self-control
- to learn sympathy for the poor
- to cleanse the body and mind
- to gain appreciation for Allah's bounty
- to demonstrate the depth of one's commitment
- to protect against sin
- refraining from the physical things that are forbidden (performed with the mouth/stomach/sexual organs)
- restraining oneself from saying, hearing and looking at forbidden things (performed with the senses)
- renewing one's devotion to Allah (performed with the heart and mind)
Kelebihan2 Bulan Ramadhan :)

- Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
- Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
- Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
- (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
- Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu.
- Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh.. berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
- Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
- Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
- a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
- b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
- c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
- d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
- e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
Friday, June 13, 2008
Pentingnya Makanan Halal Untuk Kesihatan !

Makanan yang baik, lagi halal memberikan kesihatan kepada tubuh badan, sebaliknya makanan yang tidak berkhasiat boleh menyebabkan penyakit.
Islam mementingkan aspek khasiat dan kebersihan supaya yang dimakan benar-benar membawa manfaat, bukannya kemudaratan.
Dalam hadis diceritakan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya:
“Wahai orang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu.”
Justeru, sudah menjadi tanggungjawab orang Islam memastikan makanan yang dimakan setiap hari berkhasiat dan tidak tercemar untuk kesihatan dan tumbesaran tubuh badan.
Satu lagi aspek yang sangat diberikan perhatian dalam Islam ialah dari sudut halal atau haram. Islam menekankan aspek ini kerana melalui hukum halal haram membolehkan umatnya mengenal batasan, berdisiplin dan menjadi umat terbaik.
Dalam hadis diceritakan Tirmidzi, Nabi bersabda, maksudnya:
“Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.”
Makanan yang haram seperti haiwan yang tidak disembelih mengikut syarak, bahan yang bercampur najis atau sumbernya daripada aktiviti tidak halal dibimbangi menyebabkan bahaya besar kepada mereka yang memakannya, iaitu:
* Mempengaruhi jiwa pemakannya sehingga gemar melakukan kejahatan daripada kebaikan, sehinggakan berasa benci kepada aktiviti kebajikan.
* Doa tidak dimakbulkan Allah.
* Mendapat seksa neraka Allah pada hari akhirat kelak.
Begitupun, makanan yang bersih, berkhasiat malah halal sekiranya tidak menepati aturan pemakanan secara seimbang boleh mengundang padah, mengakibat bermacam-macam penyakit dan akhirnya diri yang merana.Menyedari perkara ini Islam tidak terlupa memberikan penekanan kepada gaya pemakanan, iaitu pemakanan secara seimbang dan tidak keterlaluan.
Nabi Muhammad s.a.w menunjukkan contoh dalam perkara ini dan baginda begitu menekankan soal pemakanan kepada sahabatnya. Baginda bersabda:
"Pada diri setiap insan itu hendaklah diisi dengan keperluan sesuai dan sama pada setiap masa".
Ini supaya apa saja bentuk makanan yang memasuki perut tidak terhenti dengan kelazatan dan kenikmatan yang dirasai, malah memberikan tenaga dan semangat kepada orang Islam untuk melakukan ibadat.
Dalam hubungan ini baginda s.a.w ada menyarankan umatnya supaya perut diisi dengan satu pertiga air, satu pertiga makanan dan satu pertiga lagi dengan udara.Menyedari risiko pemakanan berlebihan mendatangkan penyakit, Islam dari awal lagi melarang amalan berlebih-lebihan.
Amalan yang digalakkan adalah bersederhana, malah dalam sebarang aktiviti umat Islam dianjurkan mengamalkan prinsip sederhana.Kebanyakan penyakit bermula daripada salah memilih makanan termasuk makan secara melampaui batas. Pakar kesihatan turut mengakui hakikat ini.
Dalam satu hadis Nabi s.a.w bersabda, maksudnya:
“Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya.”
Justeru, makanlah sekadarnya sebagaimana yang disarankan oleh nabi iaitu makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Maksud tersirat di sini ialah bersederhana dalam pemakanan.Orang Islam yang prihatin dengan kebersihan dan kesucian makanannya setiap hari pasti lahir dari dalam dirinya cahaya keimanan yang dapat membantunya menjaga kebersihan diri secara keseluruhan, baik tubuh badan, pakaian, kenderaan atau tempat tinggal.
Nyata, Islam tidak hanya membincangkan persoalan ibadat khusus, seperti solat, puasa, zakat dan haji, malah sebagai agama yang sempurna perbincangannya adalah menyeluruh, membabitkan semua disiplin kehidupan manusia, termasuklah ilmu kesihatan.
Tuesday, May 27, 2008
.Petua Mencuci Hati.
- Dirikan solat dan banyakkan berdo’a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allahjadikan hatiku bersih
- Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
- Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
- Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
- Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
- Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku,cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - (CUBALAH!).
- Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
- Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
- Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
~Allah S.W.T.~
1. “jika Allah yang mencipta sesuatu, jadi siapa yang mencipta Allah?”
A) The First - (Al-Awal)
B) The Last - (Al Akhir)
C) The Eternal, who is sought after by His creation, while He has no need from them at all. (As-Samad)
He always has existed and He never was created, as He is not like His creation, nor similar to it, in any way.

